Monday, October 11, 2010

Buku..

Ari ni aku nak cite psal buku..errr.aku bkn ulat buku sgt pon.aku xsuka baca buku2 cerita..novel SPM pon aku tak abis baca ni kan pulak novel2 yang panjang2.hahaha..tapi aku suka baca yang teknikal seperti buku engineering..dan aku jenis suka baca bnyak2 kali smpai paham..memang aku jenis gini kot.huuu..aku dari belajar sampai kerja skrang pon kena study lagi..kadang2 ade orang tanya kenapa kerja kena study lg..aku cakap ilmu itu bukan hanya untuk seorang bergelar 'student' .Department aku kerja sekarang memang kena banyak study.wuuu..department aku ni design, engineering solving dan juga technical expert. kitaorang banyak kena refer international standard untuk memastikan sistem TNB ini up to date.wuuu..lebih2 lak.hahaha.

Buku ni aku cari2 dalam internet..sebab aku nk study psal 'bonding method in cable system'..mula2 ingat nk beli..tp tgk harga kat amazon.com ..pergh..mahal siot.USD 630.59..er.


Buku ni aku pinjam dari library UNITEN..pelikkan aku bleh pinjam lagi..xpelik sebenarnya..Untuk makluman staff TNB bleh pinjam buku dari Library UNITEN..dan untuk makluman sekali lagi..buku ini kat UNITEN dah ade orang pinjam, lpas tu aku anta email kat librarian cakap nk pinjam gak buku ni..librarian ni pinjam dari UPM.waaaa bgus nye.aku siap anta email kat dia 'terima kasih kerana memberi khidmat terbaik kepada pelanggan'..hahaha..ayat bodek. kiranya aku dapat buku ni dar UPM tapi pinjam dari UNITEN..banyak info kabel dari buku ni sbb buku ni amik International Std.so layanz..

p/s: cita2 nk jadi cable expert..dalam TNB tak ade lagi orang expert kabel..insyallah.hee 

Wednesday, October 6, 2010

Well Done for The Effort

Alhamdulillah...setelah hampir sebulan aku study psal Surge Arrestor..akhirnya siap juga assignment yang GM nak..pada hari ni aku dah present kat dia..hee..cuak2..terlebih dulu aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Fauzee selaku jurutera pencawang kerana telah bersusah payah menolong aku..buat susah2 je poji.hahaha..poji nnti ko kena present ngn aku kat Friday Forum..GM puas ati hasil kerja kitaorang..dia sruh kitaorang present kat satu department plak masa Friday Forum.hahaha..untuk makluman Friday Forum ni adalah kelas ari Jumaat..semua Otai2 dalam engineering akan present..errr..tak pe laa..tak yah fikir lagi psal presentation itu..kita enjoy...

Opss..lupe lak nk ucap terima kasih kepada Cik Maisarah kerana banyak betulkan ayat2 aku...hee..nnti aku blaja ko..aku xreti nk sebut pe bnda ko nak tu.hahahah..xlupa juga kepada En. Farid.kita layan tomyam poktek nnti.hee..dan ini adalah hasilnya..yahooooooo!!

Cover page



Sunday, October 3, 2010

WHY GIRLS SHOULD MARRY AN ENGINEER

Why you should marry an Engineer Let me tell you why girls should eventually marry an engineer over a Law, Management, Arts or Medical School Graduate. He has three distinct advantages over the rest of the graduates.

Advantage 1: Secure lifestyle

An engineer boyfriend can provide you with a secure lifestyle. At 27 years old, an engineer probably has a respectable, stable job that gives him a high income to own a car, invest, have a comfortable life, and get married and buy a house too.

Law graduates are still working as a lowly apprentice in law firm.

Most management graduates have just failed on their first business plan.

The arts graduate is still looking for a job.

And the medical school graduate is still living in a hospital.

Advantage 2: Unmatchable industriousness

An engineer boyfriend will dedicate an unimaginable amount of his time and effort to understand you. Engineers strain really really hard to understand their work. You can believe that they will try really really hard to understand women too, just like how they understand their work, once they believe that you are the one. So even if they don't understand you initially, they will keep on trying. Even if they still do not understand, they will figure out the correct method to keep you happy (e.g. buy diamond ring = 1 week's worth of happiness.) And once they find out the secret formula, they will just keep on repeating it so that the desired results appear.

Unlike the Lawyer who will argue with you.

The Management graduate who will try to control your spending, The Arts graduate who will 'change major'.

And the medical school graduate who will operate on you.

And you know what, it's really so easy to make engineer s believe that You are the 'one'. Say that you like one of their project and they will be hooked to you forever.

Advantage 3: An engineer boyfriend will never betray your trust.

Let me first tell you what is wrong with the rest of the others - The lawyers will lie about everything.

Management graduates will cheat your money.

The arts graduate will flirt, and you probably just look like another cadaver to the medical school graduate.

Your engineer boyfriend is either too busy to have an affair, and even if he does, he is too dumb to lie to you about that. Hence, an engineer is the most secure boyfriend that you will ever find - rich enough, will keep on trying to understand and please you, has no time for affairs, and too dumb to lie to you. plus they r cooler than the others 

(Jz joking.. don't sue me ok.. hahaha :-P)

Thursday, September 30, 2010

Jamuan Raya Unit Talian & Kabel

Pada 27 Sept yang lepas, unit aku adakan jamuan hari raya..aku kena jadi MC..tp MC cikai2 je..hee..sbb majlis tak formal sangat..mula2 aku kena jadi MC untuk department.Tu baru betul formal..tapi nasib baik nama aku tak naik smpai ke atas.aku bagi alasan dah jadi MC unit..bagi kat orang lain laa.heee..
Mr.MC

With my Staff

Jamuan raya biasa aa..mkn2.aku mkn puas2 ati..aku jenis mkn bnda sdap2 je..lpas tu mkn bnyk2.stgah orng dia nk rasa smua bnda..tp aku tak..aku mkn bnda yang sedap..bnda yang tak penah mkn aku xmkn


Makan2....



Saturday, September 25, 2010

The Pressure Is On Men..



Katakanlah anda adalah seorang lelaki berumur 23 tahun yang baru tamat pengajian dan bekerja sebagai seorang pegawai.

Gaji bulanan adalah RM 2000 dan anda tidak mempunyai simpanan di dalam bank.
Setiap bulan, katakanlah perbelanjaan makanan, pengangkutan, bil-bil, sewa rumah dan perbelanjaan lain adalah RM 1200.
Kemudian, sebagai anak yang baik, anda mengirimkan wang ke kampung sebanyak RM 300. Maka baki bulanan adalah RM 500.
Berbekalkan disiplin dalam menyimpan duit untuk masa depan, mungkin anda dapat menyimpan duit sebanyak RM 5000 setahun.
Setahun berlalu, anda berumur 24 tahun. Dengan izin Allah, anda berkenalan dengan seorang gadis impian.
Masing-masing telah merancang untuk berkahwin dalam masa setahun atau dua tahun lagi.
Maka, anda berazam untuk menyediakan kemudahan asas seperti rumah dan kereta sebelum berkahwin.
Anda pun bekerja keras dan mendapat kenaikan gaji sebanyak 10%.
Dibesarkan dengan famili yang sungguh baik, anda menjadi seorang yang 'gentlemen'.
Semua perbelanjaan untuk 'dating', hadiah, bunga dan seumpamanya sudah pun disediakan awal-awal. 10% telah pun diperuntukkan untuk si dia.
Seperti tahun sebelumnya, setelah bersusah payah makan mee segera untuk berjimat, anda berjaya mengekalkan RM 5000 sebagai simpanan tahunan.
Malah, syarikat pula memberikan bonus sebanyak 2 bulan pada tahun tersebut. Maka bertambah lagi RM 4000 dalam simpanan. Kini anda memiliki RM 14,000 dalam simpanan bank.
Sudah tiba masanya untuk membeli kereta. Maka anda membayar RM8000 sebagai bayaran permulaan untuk kereta baru yang berharga RM 40,000.
Kini simpanan bersih anda hanya tinggal RM 6000.
Tahun berikutnya, ketika berumur 25 tahun, anda perlu membayar pinjaman kereta setiap bulan. Hal ini bermakna, simpanan bulanan hanya tinggal RM 400 sebulan.
Bonus pula tidak diberi oleh syarikat kerana prestasi syarikat kurang baik pada tahun itu. Maka, jumlah simpanan semasa hujung tahun adalah RM 11,000 sahaja.
Bertunang
Akhirnya anda membuat keputusan untuk bertunang dengan gadis impian. Dia gembira dan bersetuju.
Maka, RM 1500 dibelanjakan untuk cincin emas dan hantaran. Simpanan kini hanya tinggal RM 9500.
Tahun seterusnya, anda berumur 26 tahun. Alhamdulillah, anda diberi kenaikan pangkat. Gaji anda sekarang RM3000.
"Ini berita baik! Aku nak menamatkan zaman bujang tahun ni!" Anda bersorak girang.
Pada suatu hari, anda mengambil cuti separuh hari untuk berbincang dengan tunang.
Anda : "Berape eh hantaran kahwin kita?"
Tunang : "Berapa-berapa yang you sanggup."
Anda : "RM 5000, okay?"
Tunang : "I okay je. Tapi my mom tu. Dia kata grad oversea macam I ni mane boleh letak rendah-rendah. Paling kurang RM10,000 tau!"
Sikit lagi anda nak pengsan mendengar jawapan bakal isteri anda.
"Mana aku nak dapat duit lebih?"
Kerja Lebih Kuat
Oleh kerana anda terlalu sayangkan dia, anda bekerja dengan lebih kuat sehingga dianugerahkan pekerja cemerlang. Malah, anda menambahkan pendapatan melalui perniagaan jualan langsung secara kecil-kecilan.
Akhirnya dapat la anda simpan RM20,000 pada tahun tersebut.
Suatu pencapaian yang amat membanggakan!
Sekarang umur anda sudah 27 tahun. Duit hantaran dah cukup. Tetapi, mak pula cakap pesan :
"Anak mak nak kawin ni mesti la buat grand-grand. Kita sewa khemah besar-besar, jemput penyanyi ke artis ke sorang dua datang buat persembahan. Lauk pauk kita guna katering je la ya? RM 10 je sekepala. Baju kawin ko, kita sewa yg cantik-cantik dan mahal-mahal sikit. Kita jemput dalam 1000 orang. Set!"
Pengiraan pantas dijalankan :
1000 orang x RM 10 = RM10,000.
Penyanyi, khemah, kad kahwin dan baju = RM 5000.
"Alamak, dah RM 15,000! Belum cincin kahwin lagi! Adoi!" Getus hati anda.
Anda 'slow talk' dengan mak anda :
"Mak, nak buat apa membazir duit ni?"
"Apa pulak membazirnya? Kau kawin sekali je seumur hidup. Biarlah buat betul-betul."
"Tapi mak..?"
"Dahlah, kau jangan nak buat malu mak. Cik Tipah jiran kita tu buat kenduri kat hotel siap Dato', Datin, Tan Sri, Puan Sri datang. Mana la mak nak letak muka mak kalau kita buat kenduri kecik-kecik?"
Akhirnya..
Setelah bersusah payah, akhirnya anda berkahwin juga. Fuh! Seronok dan bersyukur habis.
Tetapi, apakan daya, jodoh kamu berdua tidak panjang. Anda berhutang keliling pinggang dan kadar 'interest' makin tinggi. Anda dah tak mampu nak bayar.
Isteri kesayangan dah letih kalau anda asyik nak minta duit. Dia tuduh anda tak bertanggungjawap, tak reti bagi nafkah dan macam-macam lagi.
Akhirnya? Bercerai..
Masalah yang membuahkan masalah. Kadang-kadang kita pelik kenapa perkahwinan sentiasa gagal di negara kita.
Contoh yang saya huraikan di atas adalah salah satu contoh kasar yang boleh dilihat, kenapa orang kita kahwin lambat atau susah nak kahwin.
Punca masalah:
Pada pandangan saya, budaya kita yang tak kena tempat. Banyak perkara dalam budaya kita yang tidak masuk akal dan kadangkala meyusahkan diri sendiri.
Budaya yang berakar umbi ini menyebabkan ramai orang takut nak berkahwin, dengan alasan mereka tidak mampu walaupun secara fizikal dan mentalnya mereka sebenarnya mampu.
Sedikit pemerhatian dan penyelidikan yang saya lakukan:
01.Perkahwinan perlu dilakukan secara bersederhana.Motif kahwin kan nak menjamu saudara-mara dan rakan-rakan? Jadi, makanan sahaja lah yang perlu diambil kira.
Tak perlu nak membazir duit untuk perkara lain seperti pelamin.
Biasanya, pelamin yang biasa sahaja pun dah berharga RM 1500. Itu baru pelamin. Belum lagi hiasan ini dan hiasan itu.
02."Harga" seseorang wanita diukur dari tahap pendidikan beliau dan bukan diukur dari pengetahuan agama seperti yang di sarankan oleh Islam.
Apabila wang hantaran diletakkan terlalu tinggi, perkahwinan terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan. Sedangkan akad nikah itu lebih penting dari wang hantaran.
03.Perkahwinan sepatutnya adalah perkara yang paling mudah dan cepat, tetapi kini ia telah menjadi beban.
Zaman kini, perkahwinan sangat rumit dan rata-ratanya takut untuk berkahwin.
Semasa saya di Sydney, saya lihat beberapa rakan muslim kita yang berkahwin hanya di masjid.
Kemudian ada kenduri kecil yang dijalankan di masjid.
Para jemputan terdiri dari jemmah masjid, kawan-kawan dan saudara terdekat.
Perkara yang perlu difokuskan adalah kehidupan selepas berkahwin, bukannya majlis perkahwinan.
Majlis itu hanyalah pintu ke gerbang perkahwinan.
Namun hakikatnya kini seolah-olah kita menghiasi pintu rumah kita cantik bagai nak rak, tetapi di dalam rumah, kosong, gelap dan tidak menarik?

Jamuan Hari Raya TNB

Pada hari rabu lepas..TNB de wat jamuan hari raya peringkat ibu pejabat di dewan kelab kilat Bangsar..Oleh itu semua kakitangan TNB yang berada di sekitar Lembah Klang di jemput hadir..kalau tak jemput pon aku tetap hadir.hahaha..Program tu start pkol 12 sehingga 3 petang..tapi aku n the gangs awal lagi dah terpacak dpan dewan. Pkol 12 je penuh orang datang..pergh macam semut keluar dr sarang..ramai2..tp nasib baik aku dtang awal ada laa tempat.
Suasana di dalam dewan
Nasib baik aku n the gangs datang awal..kalau tak memang tak cukup kerusi meja..aku siap salam ngn CEO lagi..Dato' CK.best2..kuat tol dia gengam tangan aku.hee..makanan kat situ ade satey, nasik beriani, beger ngn roti john, Rojak dan lain2..tapi nk komen sket makanan..rasa biasa je.hee.

Muka2 datang awal..hahah

Makan sket sudah aa..kata nk diet.hahah

Mai baca ni mampus aku..tapi dia mesti baca nye.hahaha..part paling best skali adalah persembahan artis..artis di maksudkan adalah..jeng2..Ramli Sarip.tapi orang muda2 xminat sgt..aku tgk pakcik ngn makcik2 je excited lebih.hahah..
Ramli Sarip
Paling aku suka bila dia senyum2 kat aku..err..prasan2.des2.hahah..lagu2 dia nyanyi Camelia, Teratai dan lain lagi..suara dia memang sedap..suara jantan serak2 basah..perasan tak latar belakang stage tu..lawa duuu..aku mula2 tengok..terpegun 2 saat sambil berkata dalam hati..Kaya tol TNB.hahaha

Monday, September 20, 2010

iPhone 4


yaa iPhone 4 sudah berada di Malaysia..aku dah lama nk tkar Hp tapi selalu pikir banyak kali..wuuu.untuk pengetahuan aku tak penah beli hp atas 500.Last aku beli hp 5 tahun yang lepas brand nokia 1112..

Hp kesayangan: Banyak kenangan..hahah

Ramai giler orang kutuk Hp aku..cam harem.cakap hp buruk..macam mana nk ngorat awek klu hp buruk..errr..panas telinga dengar.Tp klu hp mahal2 tak de credit, kedekut nk call orang wat pe kan..baik simpan dalam laci je kan..hahaha.amik ko!!..Berbalik kepada iPhone 4, pakej maxis tawar ni munasabah aaa..rasa nk angkat je..hee..tp aku mcm nk beli laptop dlu..laptop aku dlu abang aku amik lak dah..err.bila ntah dia nk bg balik kat aku..pakej iValue1 16gb bleh terima lagi. Patutkah aku beli iphone4?hahaha

P/s: Pagi tadi jmpa seorang awek senyum2 kat aku..dia dalam keta..cun tu.macam nk mntak no hp je..tp hp aku buruk segan nk tnjuk.hahaha.



Sunday, September 19, 2010

Monday Blues

Errr..mlas nya nk masuk kije..dah laa cuti lama untuk raya.. 2 minggu kot cuti..memang aku dh plan sblum masuk kerja lagi ari raya je mesti nk cuti lama..hee

Klu ari isnin je mesti pikir mcm ni kan..bos aku slalu pnggil ari isnin ni sbgai monday blues..smua orng mcm blur2 je bila ari isnin..hahaha..tnya apa2 yang ada kaitan minggu lpas mesti smua blur2 dan pasif..tp kjap je jadi macam tu..tghari ari je smua dah berkerja seperti biasa. Oleh itu jangan malas2..bekerjalaa.wuuuu


Saturday, September 18, 2010

Kenapa Aku Masih Solo


Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.
Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.
Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.
Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.
Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.
Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.
Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.
Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.
Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan.
Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.
Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.
Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya.Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.
Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.
Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.
Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.
Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.
Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.
Petikan dari iuvislam.com